Oct 19, 2024 - FASTepat jam 9 malam ini, Selangor FC akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang menentang PDRM FC bagi melengkapkan pusingan pertama saingan Liga Super 2024/25.
Menurut Quentin Cheng, pemain pertahanan kanan skuad Gergasi Merah, beliau yakin PDRM FC akan berikan saingan yang sengit sama seperti musim-musim yang lalu namun pasukan telah bersedia.
“Setiap pasukan mempunyai kekuatan masing-masing. Macam musim sebelum ini, mereka telah berikan siangan yang sengit kepada pasukan. Kali ini di tempat mereka sendiri dengan keputusan baik baru-baru ini, sudah semestinya mereka lebih bersemangat. Tidak kisah menentang mana-mana pasukan, perkara paling penting adalah, persiapan diri dan pasukan perlulah selaras, supaya kita mampu menghadapi cabaran yang mereka akan berikan. Walau bagaimanapun, saya yakin pasukan sudah bersedia,” semangat Quentin.
Bagi keberadaan pemain, Mukhairi Ajmal masih menjalani sesi pemulihan daripada kecederaan, manakala Alexander Agyarkwa telah pulih dan sedang mendapatkan kecergasan dengan beraksi bersama pasukan B23 Selangor.
Pihak pengurusan Selangor FC yakin pasukan akan berikan segalanya bagi menghadapi PDRM FC. Ayuh, Gergasi Merah!
Demi Kebanggaan!